Sumber Elektronik PNM

Pangkalan data elektronik dan e-buku yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia khusus untuk anda.

Pangkalan Data

 

National Geografic
Terdapat 2 jenis pangkalan data disediakan di bawah perkhidmatan ini iaitu National Geographic Virtual Library dan National Geographic Kids. National Geographic Virtual Library (NGVL) menyokong pelbagai keperluan penyelidikan ilmiah dalam bidang sains, sejarah, teknologi, alam sekitar, budaya, dan banyak lagi. National Geographic Kids pula  menyediakan kandungan yang bereputasi, berwibawa dan sesuai untuk kanak-kanak berusia 6-14 tahun

Klik pada logo National Geografic di atas untuk memulakan akses.
Password :  unique

The World Almanac Online
Menyediakan sumber-sumber rujukan umum yang berguna dan sesuai untuk golongan dewasa di mana ia merangkumi pelbagai bidang perkara. Antara kandungan menarik yang disediakan adalah seperti fakta-fakta dan peristiwa penting dunia, perkembangan sains dan teknologi dunia, sejarah dan kebudayaan dunia, statistik-statistik utama dunia dan lain-lain.

Klik pada logo The World Almanac Online di atas untuk memulakan akses. Masukkan Login dan Password (kata laluan) berikut untuk log masuk ke sistem portal World Almanac Online.
Login :     malaysianl
Password :  digital

Mango Languages
Merupakan perkhidmatan pangkalan data berkonsep e-pembelajaran di mana ia mengkhusus kepada pembelajaran bahasa secara interaktif dan multimedia. Sistem serta modul pembelajaran bahasa secara dalam talian yang disediakan adalah praktikal, intuitif, mesra pengguna, mudah alih sepenuhnya dan sangat sesuai bagi mereka yang berminat mempelajari bahasa-bahasa utama dunia secara lebih berkesan.

Klik pada logo Mango Language di atas untuk memulakan akses.
Gunakan login dan password berikut untuk log masuk ke sistem portal:

Login  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / Password : 2016mangoPNM ; atau
Login :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / Password : trialaccessmango

BLIS (Bernama)
BLIS adalah singkatan kepada BERNAMA Library and Infolink Service. Perkhidmatan pangkalan data BLIS disediakan oleh agensi berita BERNAMA. BLIS menyediakan sumber-sumber maklumat penting yang boleh anda gunakan untuk membantu penyelidikan.

Klik pada logo BLIS (Bernama) di atas untuk memulakan akses.

Sila gunakan mana-mana satu login dan password dalam lingkungan yang berikut :
mylib10 sehingga mylib20. Contoh : Login = mylib10 ; Password = mylib10

<< Kembali