Kamus Atas Talian

 
Gerbang Kata: Kamus Bahasa Melayu Dalam Talian, Dewan Bahasa dan Pustaka (Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4)
 
 
Dapatkan capaian kepada kamus Bahasa Melayu dalam talian secara percuma, menerusi portal Gerbang Kata: Kamus DBP Dalam Talian, yang berasaskan kepada Kamus Dewan Edisi ke-4. Dibawakan khas untuk rujukan anda, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
e-alQamus Online
 
Merupakan Kamus Tribahasa Secara Dalam Talian (Bahasa Arab-Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamus Cambridge Atas Talian
 
Cambridge University Press telah menerbitkan kamus Bahasa Inggeris sejak tahun 1995. Kamus Cambridge Atas Talian telah ditawarkan secara percuma sejak tahun 1999.
Kamus English Oxford
 
Kamus Inggeris Oxford yang diterbitkan oleh Oxford University Press adalah dianggap sebagai kamus Bahasa Inggeris yang terbesar.
Acronym Finder - Acronym and Abbreviation Dictionary
 
Dengan lebih dari 1,000,000 definisi/maksud kepada sesuai singkatan terma, Acronym Finder boleh dianggap sebagai kamus akronim yang terbesar di dunia.
ArtLex Art Dictionary
 
Kamus seni visual untuk lebih dari 3500 istilah seni dan termasuk koleksi komprehensif hasil seni dan kata-kata hikmat terkenal.
DICT.org
 
Dict.Org adalah merupakan kamus pelbagai-bahasa yang percuma dan sedia diakses untuk anda dimana ianya telah dibangunkan oleh The DICT Development Group. Ia menyediakan definisi maksud kepada sesebuah perkataan di mana sumber-sumbernya adalah daripada pelbagai pangkalan data yang telah diintegrasikan oleh enjin carian yang telah dibina. 
 
Dictionary.com
 
 
Kamus dan tesaurus yang popular dengan definisi, sinonim, antonim, simpulan bahasa, asal-usul perkataan, petikan dan sebutan audio.
FOLDOG : Free Online Dictionary of Computing
 
FOLDOC adalah perkhidmatan kamus komputer percuma secara dalam talian. Di sini anda boleh mendapatkan definisi kepada akronim, daftar istilah berkaitan komputer, dan lain-lain.
 The Freedictionary.com - by Farlex
 
Merupakan kamus dalam talian yang komprehensif bagi bahasa utama seperti Bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Jerman, Perancis, Itali, Cina, Belanda, Norway, Greek, Arab, Poland, Turki, Russia bagi perkara dalam bidang perundangan, kewangan dan perubatan, Thesaurus, akronim dan singkatan, kamus simpulan bahasa, ensaiklopedia, rujukan kesusasteraan dan sebuah enjin carian. Kesemuanya dalam satu portal!
Kamus Longman English Atas Talian
 
Kamus yang terkemuka untuk belajar Bahasa Inggeris di semua peringkat umur dan tahap yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Bahasa Inggeris.
Merriam-Webster
 
Merriam-Webster yang pada asalnya syarikat G & C Merriam Company di Springfield, Massachusetts, adalah syarikat Amerika yang menerbitkan buku-buku rujukan dan kamus.
Onelook
 
Onelook menawarkan pencarian dalam pelbagai kamus secara serentak dan menyediakan kamus berlawanan serta terjemahan.
Biographical Dictionary
 
Kamus Biografi yang dibangunkan oleh s9.com . Dapatkan maklumat, biodata serta profail tokoh-tokoh terkemuka dunia yang anda ingin cari di sini.
Webopedia
 
Kamus berkaitan teknologi maklumat dan pengkomputeran secara dalam talian, yang dibangunkan khusus untuk kegunaan profesional teknologi maklumat, para pendidik dan pelajar. Ia menyediakan definisi kepada perkataan, frasa dan singkatan yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat